Seksyen Pembangunan Industri Tanaman
Seksyen Pembangunan Industri Tanaman adalah salah satu seksyen di bawah Bahagian Pengembangan dan Keterjaminan Makanan yang dipertanggungjawabkan untuk Merancang, Menyelaras, Mengurus dan Memantau Pelaksanaan Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, kontan, buah-buahan, kelapa dan kopi di negeri Sabah).
Memastikan usaha-usaha pelaksanaan Pembangunan Tanaman Makanan di negeri Sabah terlaksana :
- Menambah keluasan Kawasan Tanaman Makanan
- Meninggalkan pengeluaran hasil tanaman makanan untuk kegunaan domestik dan eksport
- Mengurangkan bil import bagi tanaman makanan
- Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil/petani yang terlibat sebagai peserta projek pembangunan tanaman
Projek Pembangunan Tanaman
Insentif Pembangunan Tanaman Sayur-Sayuran Secara Komersil
Membangunkan kawasan seluas 17 hektar Sayuran Tanah Rendah / Tinggi di daerah Kota Marudu, Ranau, Penampang, Papar, Tambunan, Keningau, Beluran/Telupid, Tawau
Insentif Pembangunan Tanaman Kontan
Membangunkan kawasan seluas 13 hektar dengan tanaman singkat masa yang terdiri daripada Tanaman Ubi Kayu seluas 4 hektar di daerah Semporna. Tanaman Cili Padi seluas 3 hektar di daerah Tawau dan Beluran. Tanaman keledek seluas 4 hektar di daerah Kota Belud dan Kacang Tanah 2 hektar di daerah Kota Marudu
Insentif Peningkatan Produktiviti Tanaman Buah-Buahan
Menyelenggara tanaman buah-buahan yang dibangunkan daripada tahun 2019 – 2021 seluas 1,289 hektar di 24 buah daerah. Tanaman buah-buahan yang akan diselenggara adalah durian, durian merah, mangga, jambu batu, limau kasturi, durian belanda, avokado dan nangka.
Insentif Peningkatan Produktiviti Tanaman Industri
Menyelenggara tanaman kelapa dan kopi yang dibangunkan daripada tahun 2020 – 2021 seluas 716 hektar di 24 buah daerah. Tanaman yang terlibat ialah Kelapa MATAG, Kelapa Pandan, Kelapa Tacunan, Kopi Catimor / Liberica dan Robusta.
Pembangunan Tanaman Kontan
Membangunkan kawasan seluas 60 hektar dengan tanaman kontan yang terdiri daripada Tanaman Jagungn, Hali dan Keladi di daerah Kota Belud, Tuaran, Tambunan, Nabawan, Telupid dan Tawau.
Pembangunanan Tanaman Nanas MD2 dan Nanas Varieti Bernilai Tinggi
Membangunkan kawasan seluas 14 hektar dengan tanaman Nanas MD2 di daerah Tawau, Keningau dan Beaufort
Pembangunan Tanaman Durian Premium
Membangunkan kawasan seluas 216 hektar tanaman durian di daerah Kudat, Pitas, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang / KK, Putatan, Papar, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan, Sook, Sandakan, Beluran/Telupid, Kinabatangan, Tongod, Lahad Datu, Kunak, Tawau
Pembangunan Tanaman Pisang Sabah dan Buah-Buahan Terpilih
Membunakan kawasan seluas 226 hektar dengan tanaman pisang Sabah dan buah-buahan terpilih di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau, Tenom, Sandakan, Beluran/Telupid, Lahad Datu, Semporna, Kunak
Pembangunan Tanaman Kelapa dan Kopi
Membangunkan kawasan tanaman kelapa dan kopi seluas 410 hektar di daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Keningau, Tenom, Nabawan, Sook, Sandakan, Beluran/Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau.
Peta |
Alamat |
Seksyen Pembangunan Tanaman Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sabah Aras 7, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik (Off Jalan Maktab Gaya) Luyang, Beg Berkunci No. 2050, 88632 Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat Perhubungan Lain |
Tel : 088-283228 Faks : 088-283228 E-mel : AbdHalim.AgAli@sabah.gov.my |