Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun Sandakan
a. Mendapatkan teknologi dan inovasi yang sesuai, inovasi tanaman pertanian;
b. Membekalkan bahan tanaman berkualiti sawit, kelapa, buah-buahan, tanaman ubatan terpilih yang dibiakkan melalui kultur tisu;
c. Memindahkan maklumat teknologi pertanian;
d. Menyediakan perkhidmatan professiona/khidmat nasihat dalam bidang pertanian;
e. Mendapatkan dan menyediakan kemudahan bagi pelaksanaan program/projek pusat penyelidikan.
Halatuju
a. Meningkatkan produktiviti tanaman sawit, kelapa dan palma lain dalam pembiakbakaan dana amalan kultur secara mampan untuk meningkatkan pendapatan pengusaha;
b. Mempelbagaikan tanaman pertanian melalui program pengumpulan, pemuliharaan jana plasma dan pengguna untuk penghasilan berkualiti dan bernilai tinggi.
Sasaran Program Penyelidikan Tahun 2022
a. Melaksanakan Projek Penyelidikan ke atas tanaman sawit, kelapa dan palma lain, bambu, herba dan buah-buahan dalam bidang pembiakbakaan, agronomi, mempelbagai produk nilai tambah;
b. Melaksanakan projek pembangunan teknologi kultur tisu unutk pembiakan bahan tanaman secara in vitro;
c. Melaksanakan projek usahasama dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd. dan Koperasi Pertanian Sabah Sdn. Bhd. untuk menubuhkan kebun biji benih kelapa;
d. Mengumpul sebanyak empat aksesi baru herba/tumbuhan ubat-ubatan;
e. Mengeluarkan sebanyak 150,000 biji benih D x P bercambah komersial dan 15,000 anak pokok benih sawit;
f. Mengeluarkan sebanyak 15,000 anak benih kelapa Pandan dan 15,000 anak benih kelapa Tacunan;
g. Menghasilkan dan membekal 6,000 plantlet pisang dan 6,000 plantlet nanas melalui teknik kultur tisu
Cara Mendapatkan Perkhidmatan
Memohon atau merujuk secara bertulis ke Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun atau Pegawai Pertanian Daerah berdekatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ketua Penolong Pengarah Penyelidik.
Alamat:
Pusat Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun,
Peti Surat No. 1401, 90715 SANDAKAN,
Sabah, Malaysia.
No. Telefon: 089-568831/568832
Faks: 089-567833
E-mel: David.Johnny@sabah.gov.my