Majlis Perasmian Penuaian Skim Benih Padi Sah di Kg. Lambanga Keningau
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Jifrin Hj. Mohamad, Pengarah Pertanian Sabah.
Turut hadir menyaksikan program penuaian ini ialah Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan) Pejabat Daerah Keningau mewakili Pegawai Daerah, Pegawai daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, Pegawai daripada Bernas dan peserta-peserta Skim Benih Padi Sah Kampung Lambanga Keningau.
Tujuan Skim ini adalah untuk mengeluarkan benih padi tulen bagi kegunaan para petani yang mengusahakan penanaman padi di negeri Sabah.
Kampung Lambanga telah menjadi Skim Benih Padi Sah Jabatan bermula Tahun 2024 dengan keluasan 38.45 hektar (3 blok) dan disertai oleh 38 orang peserta. Peserta telah diberi bantuan baja, racun serta bayaran pembelian padi yang dituai mengikut berat dengsn kadar RM1,500 / MT.
Skim ini mula ditanam pada 18 Disember 2023 secara berperingkat.